Thursday 31 July 2008

Program River Ranger Workshop Anjuran INTEL Malaysia.









Tarikh : 31 Julai 2008

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : PG9 MPH (Sesi 1)
Intel Tecnology Sdn. Bhd.
Bayan Lepas Free Industrial Zone
Phase 3, Halaman Kampung Jawa
11900 Pulau Pinang

Sungai Air Terjun (Sesi 2)
Taman Belia, Pulau Pinang

Kehadiran : 150 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah, guru dan sukarelawan Intel

Tajuk Ceramah: Pengenalan kepada Alam Sekitar
RIVER Ranger Modul 1 : Manusia, Air & Sungai
RIVER Ranger Modul 2 : Lembangan Sungai – Masalah & Isu
RIVER Ranger Modul 3 : Pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu ( IRBM )
RIVER Ranger Modul 4 : Pengurusan Sungai Secara ”Hands On”
Kerja Lapangan

Objektif

 Melindungi, memulihara dan mempromosikan sungai yang hidup beserta kepelbagaian biologinya.
 Mempromosikan pemulihan dan pemuliharaan sungai dan jasad air yang lain.
 Meningkatkan kesedaran dan mendidik semua pihak berkepentingan supaya mengambil berat tentang sungai.
 Mempromosikan kesedaran sivik dan tindakan tempatan melalui pemantauan dan pemetaan.
 Menyokong pembinaan keupayaan dan jaringan antara individu, komuniti dan organisasi dalam pengurusan sungai.

Pencapaian

Diakhir sesi maklumbalas dari pelajar, guru dan sukarelawan Intel amat memuaskan dimana pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai kesedaran memelihara sungai meningkat dan pihak Intel Malaysia juga menunjukan minat untuk mengadakan program lain yang juga berkaitan dengan sungai dan alam sekitar.

WAKE ThE BabIESss...

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker