Friday 21 November 2008

PROGRAM ‘ECO CAMP’ DI LATA ULU PAIP, KULIM BAGI SEKOLAH-SEKOLAH INTEL INVOLVED MATHING GRANT PROGRAM (IIMGP)

























Satu ‘Eco Camp’ Sungai Angkat dan Kesedaran menjaga Sungai Anjuran INTEL Malaysia dengan kerjasama JPS Pulau Pinang dan JPS Kedah , telah diadakan pada 20 November 2008 yang lalu bertempat di Lata Ulu Paip. Program tersebut telah dirasmikan oleh wakil Pengarah JPS Kedah.. Turut hadir bersama memeriahkan program ini ialah Pengurus Intel, kakitangan Intel, guru-guru serta pelajar sekolah.

Seramai 200 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah, guru dan sukarelawan Intel menyertai ‘Nature Walk’ ini pada sebelah paginya dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan disambung dengan sesi ‘Hands On’ Kerja Lapangan di sebelah petangnya.Disusuli dengan tayangan video mengenai ‘River Awareness’ oleh pihak JPS serta taklimat menjalankan kaedah Bio Indicator dan pengambilan serta ujian kimia, fizikal serta bio dijalankan.Seterusnya disambung dengan ‘Sampling Bio Indicator And Innovation Presentaiton’ oleh peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Akhir sekali kerja-kerja lapangan dengan bantuan kakitangan JPS dan setiap kumpulan membentangkan keputusan masing dalam sesi ‘ River And Nature Talk’.


Objektif

 Melindungi, memulihara dan mempromosikan sungai yang hidup beserta kepelbagaian biologinya.
 Mempromosikan pemulihan dan pemuliharaan sungai dan jasad air yang lain.
 Meningkatkan kesedaran dan mendidik semua pihak berkepentingan supaya mengambil berat tentang sungai.
 Mempromosikan kesedaran sivik dan tindakan tempatan melalui pemantauan dan pemetaan.
 Menyokong pembinaan keupayaan dan jaringan antara individu, komuniti dan organisasi dalam pengurusan sungai.

Pencapaian

Selain bertujuan untuk menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat disamping memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai alam sekitar ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan antara para peserta.Diakhir sesi maklumbalas dari pelajar, guru dan sukarelawan Intel amat memuaskan dimana pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai kesedaran memelihara sungai meningkat dan pihak Intel Malaysia juga menunjukan minat untuk mengadakan program lain yang juga berkaitan dengan sungai dan alam sekitar.

WAKE ThE BabIESss...

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker