River Ranger Pulau pinang is a blog to provide information to the public regarding rivers and its associate issues in Penang area.
Wednesday, 30 September 2009
LATIHAN PEMANTAUAN KUALITI AIR SUNGAI – RIVER RANGER
Tarikh : 30 September 2009
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Hutan Lipur,
Cherok To’ Kun,
Bukit Mertajam.
Kehadiran : 38 orang pelajar dan 4 orang guru dari SJK (C) Mah Hwa, Kg. Selamat, Seberang Perai Utara.
Jurulatih River Rangers 5 orang – MPSP (1), NGO (1) dan JPS PP (3) serta seorang Jurugambar dan 2 orang pemerhati dari JPS PP.
Objektif
Untuk menambah kesedaran dan pengetahuan pelajar-pelajar dalam pengurusan sumber.
Untuk menyediakan kemahiran hidup kepada pelajar untuk penggunaan dalam pengurusan alam sekitar tempatan.
Bagi melatih pelajar-pelajar mengenai cara-cara menilai lembangan sungai mereka.
Untuk memulakan tindakan/aktiviti air setempat/berpengkalan.
Bagi membangunkan sebuah pengkalan data tentang sungai setempat oleh pihak sekolah.
Pencapaian
Pelajar-pelajar dan guru dapat memahami dan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kesedaran memelihara sumber air dan alam sekitar. Mereka yang terlibat juga menunjukan minat untuk mengadakan program lain yang juga berkaitan dengan sungai dan alam sekitar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment