Tuesday 13 November 2007

Program Kesedaran Kualiti Air Melalui Penggunaan Petunjuk Biologi






Pada 25 Ogos 2006 Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya telah mengadakan Program Kesedaran Kualiti Air melalui penggunaan petunjuk biologi di Taman Rekreasi Sungai Pinang melibatkan peserta daripada kakitangan JPS DBD.

Objektif utama program ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan menyintai sungai.

Aktiviti ini adalah salah satu dalam ‘Program Cintailah Sungai Kita’ iaitu melalui pemerhatian sungai yang bertujuan menyebarkan maklumat-maklumat kualiti air sungai serta kesan-kesan pencemaran. Aktiviti ini melibatkan pengukuran kualiti air sungai dijalankan oleh pelajar-pelajar sekolah,pelajar-pelajar IPT dan peserta PLKN.

Petunjuk biologi merupakan satu kaedah di mana kualiti air dikelas berdasarkan kepada jenis hidupan yang hidup dalam air tersebut. Hidupan yang digunakan dalam kaedah ini adalah “macroinvertebrates” air tawar. “Macroinvertebrates” adalah hidupan kecil tanpa tulang belakang yang bersaiz lebih dari 2mm.Ia memerlukan udara,makanan dan tempat tinggal.Tahap toleren sesuatu jenis hidupan terhadap perubahan kualiti air adalah berbeza.Jenis hidupan yang terdapat dalam air tersebut akan menentukan kualiti air.


Semua peserta telah di bahagikan kepada 5 kumpulan.Dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan peserta memulakan aktiviti persampelan yang memerlukan peserta turun ke dalam sungai.Dalam proses mengenalpasti peserta telah di beri carta petunjuk biologi dan seterusnya mendapat Indeks Kualiti Air melalui perkiraan.Keputusan yang diperolehi daripada aktiviti yang di jalankan ialah majoriti kumpulan telah mendapat status sungai yang bersih iaitu dalam Indek Kualiti Air yang melebihi 5.1 ke atas.

Sungai sebagai salah satu aset negara yang bernilai (bukan satu bebanan ‘liability’) dan perlu dipelihara. Sekiranya sungai diurus dengan baik, ianya akan memberi pulangan dan menjana ekonomi negara. Oleh itu program ini perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesedaran individu untuk mengekalkan kesempurnaan ke atas regim sungai dan persekitarannya.Hubung-kait antara kuantiti, kualiti dan persekitaran terutamanya alam sekitar perlu dititikberatkan dan diseimbangkan di dalam proses pengurusan dan pembangunan sesuatu lembangan sungai.

WAKE ThE BabIESss...

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker