Monday 25 January 2010

KEMPEN CINTAI SUNGAI KITA BERSAMA BERSAMA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN BERTEMPAT DI HULU SUNGAI ARA – AKTIVITI PEMBERSIHAN SUNGAI DAN RIVER RANGER

Tarikh : 23 Januari 2010

Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Hulu Sungai Ara

Kehadiran : 60 orang terdiri daripada pihak pengurusan dan pekerja kilang TIM ELECTRONICS SDN. BHD.
Turut serta Timbalan Pengarah JPS Pulau Pinang, Ketua Penolong Pengarah JPS Pulau Pinang dan Penolong Pengarah Kanan JPS Pulau Pinang.
Jurulatih River Rangers 4 orang – MPSP (1) dan JPS PP (3) serta seorang peserta dari JPS Pulau Pinang.
Objektif

 Memberi kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan sungai.
 Membersihkan sampah sarap yang terdapat didalam sungai.
 Memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat.
 Memberi kesedaran kepada pekerja serta keluarga tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar

Program / Aktiviti

JPS Negeri Pulau Pinang telah dijemput mengadakan Kempen Cintai Sungai Kita bersama TIM ELECTRONICS SDN. BHD. Aturcara program adalah seperti berikut:-
8.30 pagi – Semua peserta berkumpul ditempat permulaan program
- Ucapan aluan dari Managing Director TIM ELECTRONICS SDN BHD
- Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah JPS Pulau Pinang - Taklimat dan peserta dibahagi mengikut kumpulan masing-masing
- Penyerahan peralatan bersih sungai
- Gerak kerja bersih sungai dan aktiviti River Ranger dimulakan.
- Selesai gerak kerja, aktiviti dan berkumpul untuk majlis penutup
- Ucapan penutup oleh Managing Director TIM ELECTRONICS SDN. BHD.
- Majlis tandatangan papan tanda kempen dan bergambar
- Bersurai

Bagi menjamin kebersihan air sungai terpelihara masyarakat perlu prihatin terhadap kempen kesedaran alam sekitar seumpama ini supaya kualiti air sentiasa bersih dan kehidupan air juga terpelihara.


























WAKE ThE BabIESss...

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker