Tuesday 18 December 2007

28/08/07 - Program Kesedaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai Pinang dan Pelancaran Pusat Informasi Sungai Pinang


Bersempena Minggu Alam Sekitar Peringkat Negeri, JPS Pulau Pinang telah mengadakan Program Kesedaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai Pinang pada 28 Ogos 2007 bertempat di tepi Stadium Lorong Kulit, Daerah Timur Laut. Sempena program tersebut juga diadakan pelancaran Pusat Informasi Sungai Pinang yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar, Y.B Encik Teng Chang Yeow. Turut hadir bersama memeriahkan program ini ialah Pengarah JAS Pulau Pinang, Encik Ahmad Kamarulnajib bin Che Ibrahim.
Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Di antaranya ialah pameran, Ceramah Kitar Semula yang disampaikan oleh Encik Don serta Program Bio-Indicator yang disertai oleh pelajar-pelajar beberapa buah sekolah rendah di sekitarnya.Program tersebut berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan hasil kerjasama daripada semua pegawai dan kakitangan JPS yang terlibat.

WAKE ThE BabIESss...

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker