Monday 17 December 2007

03/09/07 - Program Peningkatan Kualiti Air Sungai Nibong Kecil







Satu Program Peningkatan Kualiti Air Sungai Nibong Kecil, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah diadakan pada 3 September 2007 yang lalu bertempat di Taman Sungai Nibong Kecil. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Y.B Datuk Koay Kar Huah. Turut hadir bersama memeriahkan program ini ialah ADUN kawasan Pantai Jerejak, Y.B Wong Mun Hoe.

Selain itu, taklimat ringkas dan pameran oleh pihak JAMOF berkenaan kaedah rawatan EM "Effective Microorganisme' yang digunakan untuk merawat kualiti sungai tersebut juga turut diadakan. Kemuncak program ini ialah acara melontar mud balls oleh para jemputan, pelajar-pelajar sekolah dan penduduk tempatan.

Program tersebut berjalan dengan lancar walaupun hasil kerjasama dan komited daripada semua pegawai dan kakitangan JPS yang terlibat.

WAKE ThE BabIESss...

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker